Peguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin

Peguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, notis rayuan akan difailkan petang ini.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan agar perbicaraan di Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, ditangguhkan,” ujar beliau ketika ditemui wakil media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa selepas membatalkan pertuduhan itu.

Beliau berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur kerana tidak mendedahkan butiran kesalahan iaitu suapan bagi sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui media berkata pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Saya bersyukur dan akan terus berusaha menjelaskan kepada khalayak umum tentang apa yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menganiaya saya dan hari ini terbukti pertuduhan-pertuduhan itu adalah palsu, tidak benar dan tidak langsung menepati undang-undang untuk dibicarakan.

“Terima kasih kepada semua, isteri saya yang memberi semangat dan lepas ini kita akan terus berjuang bersama Bersatu untuk menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran, ini akan memberikan semangat khususnya kepada saya dan rakan-rakan lain untuk terus berjuang menentang kezaliman penyalahgunaan kuasa rasuah dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya