Pasang papan tanda elak kemalangan - Utusan Malaysia

Pasang papan tanda elak kemalangan

Persiaran Mokhtar Dahari
ALEXANDER Nanta Linggi (tengah) bersama jurutera Jabatan Kerja Raya meninjau lokasi kerap berlaku kemalangan dekat Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kerja Raya akan menambah baik ciri-ciri keselamatan di Persiaran Mokhtar Dahari berhampiran sebuah stesen minyak, di sini yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan maut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, untuk jangka pendek papan tanda amaran larangan membelok ke kanan akan diletakkan di kawasan berkenaan.

“Untuk jangka masa panjang saya  difahamkan kerajaan negeri akan melebarkan jalan di kawasan tersebut. Jalan di sini adalah jalan negeri dan  kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan,” katanya ketika meninjau lokasi kemalangan tersebut, hari ini.

Semalam, seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilaporkan maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian kemalangan kira-kira pukul 5.50 petang.

Mangsa merupakan seorang lelaki berumur 21 tahun penunutut Fakulti Filem, Teater dan Animasi di UiITM Puncak Perdana.

Dalam pada itu Alexander memaklumkan, hasil pemerhatian beliau di kawasan tersebut keadaan jalan dan infrastruktur berada dalam keadaan baik. 

“Kawasan di sini lampu jalan berfungsi dengan baik dan sehingga siang hari ia masih menyala. Apa yang penting setiap pengguna jalan raya perlu patuh pada peraturan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

Tambahnya, mengikut data trafik sebanyak empat kes kematian dan satu kes parah akibat kemalangan berlaku di kawasan tersebut sejak tahun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya