Pameran kartun semarakkan kemerdekaan

Pameran kartun semarakkan kemerdekaan

SEBAHAGIAN pengunjung melihat pameran Kartun Seiiring Sejalan yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dewan Pameran, Pusat Beli Belah Fahrenheit88, Bukit Bintang di ibu negara semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelbagai program dianjurkan di pelbagai tempat bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Selain mengibar Jalur Gemilang dan program bercorak kemasyarakatan dan menunjukkan semangatr patriotik, turut diadakan adalah pameran Kartun Seiring Sejalan yang diadakan di sebuah pusat beli belah di ibu negara .

Menerusi pameran tersebut, pengunjung berpeluang melihat karya karya kartun tempatan sempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (#HKHM2023)

Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara Arkib Negara Malaysia bersama Fahrenheit88 Mall, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan We Are Greater Together selaras dengan tema sambutan HKHM 2033 iaitu

‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN