Palsu kematian adik yang rupanya dibunuh

Palsu kematian adik yang rupanya dibunuh

LOKASI kejadian bunuh melibatkan seorang lelaki yang dipercayai dilakukan oleh abang dan adiknya dalam kejadian di Taman Seri Mahkota, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tindakan dua beradik memalsukan kematian seorang saudara mereka akhirnya terbongkar apabila kejadian itu rupa-rupanya adalah kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, kejadian di Taman Seri Mahkota, di sini, semalam terbongkar selepas polis menjalankan siasatan setelah menerima laporan daripada salah seorang suspek.

Katanya, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, abang mangsa yang berusia 26 tahun membuat laporan kematian adik lelakinya berusia 21 tahun pada pukul 10.10 pagi yang kononnya disebabkan terjatuh semasa sedang bekerja di sebuah kandang kambing.

“Pengadu terlebih dahulu membawa mangsa ke Hospital Kulim untuk rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Bagaimanapun ketika mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat mendapati punca kematian akibat tikaman di jantung,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, hasil siasatan lanjut mendapati telah berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan seorang lagi adiknya yang berusia 18 tahun.

“Polis telah menahan dua beradik terbabit yang masing-masing memiliki dua rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah. Punca sebenar dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya