Pakej 5G Rahmah tawar telefon pintar serendah RM240, pelan internet RM60 sebulan

Pakej 5G Rahmah tawar telefon pintar serendah RM240, pelan internet RM60 sebulan

TAWARAN tersebut melibatkan pakej telefon pintar 5G pelan data di bawah jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej 5G Rahmah dengan menawarkan telefon pintar serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60 gigabait (GB) pada harga RM60 sebulan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula 31 Ogos ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, tawaran tersebut melibatkan pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) di bawah jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.

Katanya, pakej berkenaan dilancarkan bersempena Bulan Kebangsaan, hasil kerjasama KKD dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

“Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon pintar serendah RM120. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, sebagai menghargai penjawat awam pula, insentif pasca bayar (postpaid) Rahmah penjawat awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati semua penjawat awam.

Jelasnya, ia terpakai untuk mana-mana pakej pasca bayar sedia ada sekali gus membolehkan golongan itu mendapat manfaat penjimatan sebanyak RM120 setahun. berkuat kuasa mulai 31 Ogos ini.

Fahmi berkata , Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

“Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi Madani yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya