Pak Kob jual durian RM4 sekilogram - Utusan Malaysia

Pak Kob jual durian RM4 sekilogram

MOHD. Yaakub Zainal menjual durian di tepi jalan masuk ke Hutan Lipur Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG pesara tentera menjual durian pada harga RM4 sekilogram bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati keenakan raja buah itu pada harga murah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Yaakub Zainal, 62, atau Pak Kob berkata, lebih 100 kilogram raja buah yang dipungut selepas subuh laris dijual dalam tempoh dua jam.

Menurutnya, permintaan terhadap durian bertambah pada hujung minggu.

“Durian ini hasil dari kebun peninggalan arwah ayah, jadi dapatlah saya jual harga ladang. Bagaimanapun saya ada menjual RM50 selonggok mengikut saiz.

“Pada masa sama, saya memberi ruang kepada pembeli terlebih untuk menikmati buah durian secara percuma sebelum membelinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN