Orang ramai mula hadir sambutan Hari Kebangsaan seawal 4 pagi

Orang ramai mula hadir sambutan Hari Kebangsaan seawal 4 pagi

ORANG ramai mula berpusu-pusu memasuki Putrajaya menggunakan perkhidmatan MRT Putrajaya. - UTUSAN/MAISARAH SHEIKH RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai mula berpusu-pusu memasuki Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan, di sini hari ini.

Kemudahan perkhidmatan mass rapid transit (MRT) antara menjadi pilihan para pengguna perkhidmatan awam itu untuk hadir ke lokasi bertempat di Dataran Putrajaya.

Perkhidmatan bas perantara di lokasi stesen MRT disediakan Perbadanan Putrajaya dilihat lancar dengan kekerapan 5 minit bagi memudahkan orang ramai yang tiba seawal pukul 4 pagi.

Bagaimanapun, orang ramai yang menggunakan kenderaan persendirian boleh meletak kenderaan di 27 lokasi tempat letak kereta awam percuma dengan anggaran 4,000 lot petak di sepanjang core island di Presint 1, 2, 3 dan 4.

Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu merupakan penganjuran kali kelima di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini selepas diadakan kali terakhir pada tahun 2019.

Kira-kira 100,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan sambutan yang diadakan dengan pelbagai acara menarik dipamerkan dengan acara utama perarakan dan perbarisan daripada penyertaan 10 kontinjen.

Persembahan aksi bermotosikal Army Red Warrior, Tentera Darat Malaysia bakal menjadi satu daripada tarikan utama dengan turut dipersembahkan dalam segmen ketiga iaitu Cabaran dan Ketangkasan, persembahan terjunan tepat oleh VAT 69 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan segmen keempat iaitu Gegar Madani dengn gerak tari penutup persembahan khas.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan hadir pada sambutan kali ini yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetamu kehormat lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN