Orang Asli keluar awal dari hutan tunai tanggungjawab mengundi - Utusan Malaysia

Orang Asli keluar awal dari hutan tunai tanggungjawab mengundi

EMPAT sekawan Orang Asli, Semaq Beri (bermula dari kiri),  Hasibi Salleh, Yusof Akom, Halim Akong dan Mazlan Karim selepas selesai mengundi di Pusat Pengundian SK Tapah, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Empat sekawan Orang Asli Semaq Beri yang masuk mencari hasil hutan di kawasan Tasik Kenyir sejak lebih seminggu lalu sanggup keluar awal dari hutan bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Yusof Akom, 22, Mazlan Karim, 21, Hasibi Salleh, 21, dan Halim Akong, 20, pulang ke perkampungan Orang Asli Sungai Berua pada Khamis lalu setelah dijejak pimpinan komuniti sehari sebelum itu.

Keempat mereka yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong tiba dengan menaiki tiga buah motosikal bagi mengundi.

Menurut Yusof, mereka merancang untuk keluar dari hutan minggu hadapan, namun demi laksanakan tanggungjawab kepada negara mereka sanggup keluar awal dari tempoh masa dirancang.

“Kami diminta pulang untuk mengundi hari ini. Walaupun hasil hutan diperoleh tidak lagi memuaskan, namun saya dan rakan-rakan lain sanggup keluar dari hutan yang mengambil masa lebih lima jam perjalanan.

“Jarak perjalanan jauh bukan halangan untuk pulang dan selepas selesai mengundi, hari ini atau esok akan kembali semula ke hutan untuk meneruskan perkerjaan mencari hasil-hasil hutan serta akar kayu

“Tanggungjawab mengundi ini lebih besar kerana ia penentu masa depan negara,” katanya ketika ditemui di luar Pusat Pengundian SK Tapah, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Hasibi berkata, tindakan pimpinan menjejak komuniti Orang Asli yang layak mengundi di dalam hutan sudah lama dilakukan bagi elak mereka terlupa untuk tunaikan tanggungjawab.

“Biasanya mereka sudah tahu lokasi di mana kami berada lagipun biasanya Orang Asli masuk hutan dan bergerak secara berkumpulan. Mudahlah mereka dapat cari kami.

“Saya juga begitu teruja untuk mengundi walaupun sudah kali kedua, sebelum ini telah undi pada Pilihan Raya Umum kali ini Pilihan Raya Negeri pula.

“Walaupun saya tidak begitu faham beza keduanya tetapi caranya sama iaitu pangkah dalam kotak,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya