Operasi ‘saman ekor’ bermula semalam, saman dihantar ke rumah

Operasi ‘saman ekor’ bermula semalam, saman dihantar ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saman secara pos atau ‘saman ekor‘ akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju berkuatkuasa semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A bermula semalam di semua lebuh raya termasuk jalan persekutuan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah JSPT, Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.

Kata beliau, tindakan yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.

“Kita (trafik) akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.

“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, memandu melebihi kelajuan adalah salah satu punca utama kemalangan jalanraya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan lalu berlaku hilang kawalan.

“JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” ujarnya.  UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya