SEBENARNYA, pernah juga terlintas di fikiran Cik Bunga sebelum ini, yang mana suatu hari nanti, selebriti wanita ini akan memilih melakukan pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas untuk lekas langsing.
Bukan kerana dia tidak pernah mencuba langsung untuk menurunkan berat badan ideal. Tetapi agaknya segala usaha macam tak jalan.
Maka, akhirnya, dia teruskan juga hasrat buat pembedahan itu. Tapi sudah namanya artis, jaranglah pula yang nak tampil mengaku betul tak?
Selagi boleh sorok, selagi boleh bohongi peminat dan netizen dengan dakwaan kurus sebab makan produk itu ini, kenapa pilih jalan untuk mengaku ye tak?
Hal ini pun ‘kantoi’ sebab ada beberapa rakan industri beritahu Cik Bunga yang si artis ini memang sudah lama ‘ target’ mahu kurus dengan cara pembedahan.
Bagi Cik Bunga, hendak buat macam mana ye tak? Kalau demi kesihatan, ya, buatlah. Tetapi kalau kerana ikut-ikutan lebih baik tak payah buat.
Ia pun satu tindakan yang berisiko. Pernah sebelum ini Cik Bunga kongsikan mengenai seorang selebriti yang meninggal dunia kerana buat perkara serupa.
Sepatutnya, jadikan ia sebagai pengajaran. Nak kata tak cantik, Cik Bunga tengok cantik saja. Tetapi manusia kan sukar hendak rasa puas hati. Begitulah duniawi.