Noorazli santuni penempatan komuniti India terbesar di Dengkil

Noorazli santuni penempatan komuniti India terbesar di Dengkil

NOORAZLI Said menyantuni komuniti India di Flat Taman Permata, Dengkil. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Dengkil, Noorazli Said ‘menggempur’ satu-satunya penempatan komuniti India terbesar di kawasan ini iaitu Flat Taman Permata bagi melengkapkan kempennya menjelang hari mengundi esok.

Ketibaan Noorazli di flat itu malam tadi disambut meriah lebih 200 pengundi di situ.

Flat Taman Permata bukan asing kerana ia menempatkan lebih 2,000 komuniti India yang kebanyakannya bekas pekerja ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley yang kini tanahnya dibangunkan Putrajaya.

Noorazli berkata, beliau secara dekat memahami masalah dihadapi komuniti India di flat berkenaan yang berdepan isu kediaman yang tidak selesa sejak sekian lama.

Menurutnya, BN tidak pernah membisu dalam menyuarakan hak penduduk di kawasan itu, malah penempatan baharu di Ampar Tenang kini sedang disiapkan.

“Saya ada dengar berita bahawa bulan Oktober ini, sebahagian penduduk di satu blok di sini diarahkan berpindah. Saya ingin jelaskan bahawa, penduduk hanya dibenarkan keluar selepas rumah di Ampar Tenang siap,” katanya.

Katanya, beliau mahu komuniti India di sini memberinya satu peluang bagi memastikan penduduk mendapat pelbagai limpahan bantuan termasuk kediaman lebih selesa.

Noorazli berkata, ketika ini, Kerajaan Pusat diterajui gabungan parti Pakatan Harapan (PH) dan BN serta gabungan parti-parti lain, justeru agihan bantuan akan menjadi lebih mudah jika DUN ini diambil alih oleh BN.

“Sejak tiga penggal lalu, DUN ini ditadbir wakil rakyat daripada parti pembangkang dan sukar melaksanakan apa-apa projek pembangunan kerana tidak selari dengan kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Saya mahu beritahu pada ‘amma’ dan ‘appa’, tolong saya satu kali, sudah tolong nanti, tengok saya kerja macam mana. Kalau kerja tak bagus lagi lima tahun tak perlu undi saya lagi,” katanya.

Sementara itu, Noorazli berkata, tinjauan awal pengundian mendedahkan gabungan BN-PH kini sudah boleh membentuk kerajaan dengan mendahului 37 kerusi, malah, sedang menuju 42 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya