NGO, aktivis haiwan tidak dibenar cabar keputusan AGC enggan dakwa individu

NGO, aktivis haiwan tidak dibenar cabar keputusan AGC enggan dakwa individu

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang aktivis haiwan tidak dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang enggan mendakwa seorang individu kerana menyeksa dan membunuh anak-anak kera untuk hiburan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia Global (Hidup) dan Dr. Kartini Farah Abdul Rahim. Dalam penghakimannya, hakim itu berkata pemohon gagal memberikan bukti prima facie yang kukuh untuk membuktikan alasan mereka mencabar keputusan AGC.

“Pemohon mesti memberikan bukti di luar tangkap skrin telegram kumpulan dan pemacu Google yang terdiri daripada video bayi monyet yang diseksa, laporan polis, dan artikel BBC untuk mengatasi anggapan ini,” kata hakim itu ketika menyampaikan keputusannya.

Mengulas lanjut dalam penghakimannya itu Hakim Ahmad Kamal turut berkata, pemohon juga gagal untuk menyangkal anggapan kesahihan AGC dalam melaksanakan kuasanya dan juga gagal menunjukkan bahawa AGC telah membuat keputusan secara mala fide (niat jahat).

Sebelum ini, Hidup dan Kartini Farah memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya AGC mendakwa seorang individu yang menyeksa dan membunuh anak-anak kera untuk hiburan.

Kartini Farah, 50, dan pertubuhan itu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menerusi Tetuan Raj & Sach dengan menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), AGC dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai responden pertama hingga ketiga.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, permohon memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan AGC bertarikh 5 April 2023 untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap siasatan laporan polis yang dibuat oleh pemohon selain memohon perintah mengarahkan AGC menuduh individu berkenaan di bawah undang-undang yang sewajarnya.

Wanita itu mendakwa pada 5 April lalu, peguamnya menerima surat daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang memaklumkan bahawa kertas siasatan bagi laporan polisnya telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Katanya, keputusan AGC yang mengklasifikasikan laporan polisnya sebagai NFA adalah tidak munasabah dan salah dari segi prosedur kerana individu tersebut telah membuat pengakuan terhadap perbuatannya kepada pihak polis

Sebelum ini, media melaporkan Hidup tampil membuat laporan polis selepas menerima maklumat daripada kumpulan kebajikan haiwan, dari AS dan UK. Suspek dikatakan merakam aksi penyeksaan terhadap haiwan berkenaan dan menjual rakaman itu yang digelar ‘porn torture’ menerusi satu kumpulan Telegram bernama ‘Monkey Haters’.

Kemudian pada Februari lalu, PDRM sudah mengenal pasti suspek yang mendera dan menyeksa kera atau ‘Long-tailed Macaque’ seperti yang dilaporkan sebuah kumpulan hak asasi haiwan, baru-baru ini. Pada masa sama, polis turut menyangkal dakwaan bahawa pasukan itu tidak mengambil tindakan sewajarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya