ND Lala nikah sejak 2019, pernah 'hilang' setahun - Fauziah Sarman dedah cerita sebenar - Utusan Malaysia

ND Lala nikah sejak 2019, pernah ‘hilang’ setahun – Fauziah Sarman dedah cerita sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya, apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang tidak kena.

Itu antara perkongsian bekas isteri penyanyi, Datuk ND Lala, Fauziah Sarman yang meluahkan kekecewaan dan membongkar cerita sebenar di sebalik keruntuhan rumah tangganya selepas 34 tahun berkahwin.

Fauziah berkata, dia sebenarnya tidak menyangka rumah tangganya akan berkecai hanya kerana tarikan seorang wanita muda yang juga sahabat baik anak sulungnya sejak tingkatan satu.

“Tiada lagi air mata, tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Sebagai wanita yang pernah menjadi isteri, ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua.

“Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu perempuan seusia anak sulung saya, malah lebih tepat kawan baik dari tingkatan satu hingga lima di sekolah sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.

“Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini saya anggap seperti anak sendiri, makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Acara kecil atau besar dia pasti ada.

“Saya masih ingat, pada 2019 Shila beritahu ada orang sampaikan pada dia yang abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini, tapi saya dalam hati masih menafikan,” kongsinya di Instagram.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu, dia pernah bertemu dengan wanita tersebut yang ketika itu bekerja dengan ND Lala namun dakwaan itu terus ditangkis sedangkan mereka sudah pun bergelar suami isteri.

“Beberapa hari selepas dapat tahu, saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya untuk bertanya sendiri.

“Jawapannya dia tidak akan melakukan perkara itu (rampas) kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’. Hakikatnya ketika itu mereka telah berkahwin,” ujarnya.

Kongsi Fauziah lagi, dia menerima maklumat dari ahli keluarga perempuan itu yang didakwa sudah menghilangkan diri sejak 2016 dan sepanjang tempoh itu ikatan perkahwinannya dengan ND Lala goyah.

Ceritanya lagi, suaminya ketika itu dikatakan mula pulang lewat dan pernah berminggu-minggu tidak balik dengan memberikan pelbagai alasan.

Äda satu ketika berlaku banjir besar pada Disember 2021 berlaku di kawasan kediaman kami, tapi tiada langsung pertolongan dari ketua keluarga mahu pun bertanya khabar.

“Abah anak-anak saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022, telefon atau mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul di semi final dan finale Gegar Vaganza tahun berkenaan.

“Yang paling mengejutkan bukan setahun dua, rupa-rupanya bertahun-tahun penipuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya