NCIA bimbing golongan B40 jana pendapatan - Utusan Malaysia

NCIA bimbing golongan B40 jana pendapatan

WAN SAIFUL IKMAL Wan Ibrahim menandatangani plak perasmian bengkel produk makanan, Pro A Excellent Enterprise yang dibuka salah seorang peserta empowerNCER di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Golongan B40 diyakini berpotensi bergelar usahawan selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan menerusi Program empowerNCER.

Program anjuran Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang kini memasuki fasa ketiga itu melibatkan seramai 750 peserta dari lima daerah di negeri ini.

Ketua Pejabat Negeri NCIA Pulau Pinang, Nurul Saidatul Nadia Zulkifli berkata, program itu bermatlamat membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan.

“Selain itu, kita harap ia dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada peserta, malah komuniti melalui peluang perniagaan baharu yang dicipta.

“Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan keusahawanan dalam tempoh tiga hingga empat bulan selain turut menerima kit permulaan perniagaan.

“Bimbingan secara berterusan turut akan diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program perasmian bengkel dan sesi penyerahan kit permulaan perniagaan kepada peserta Program empowerNCER Seberang Perai Utara (SPU), di sini baru-baru ini.

Perasmian program itu disempurnakan Ketua Penolong Pegawai Daerah SPU, Wan Saiful Ikmal Wan Ibrahim.

Dalam majlis sama, seramai tujuh peserta empowerNCER Kursus Quick Win Makanan dan Pembungkusan Retort turut menerima kit permulaan perniagaan.

Mengulas lanjut, Nurul Saidatul Nadia berkata, kesemua peserta akan dipantau bagi memastikan mereka mencapai objektif yang ditetapkan sejurus selepas tamat latihan.

“Mereka juga akan didedahkan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran produk dan perniagaan mereka selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya