Nazri pastikan masalah banjir diatasi segera - Utusan Malaysia

Nazri pastikan masalah banjir diatasi segera

NAZRI Abdul Rahman (tiga dari kiri) bersama ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Muar, Johor menunjukan simbol dua sebagai nombor calonnya. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Masalah banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan segera diatasi bagi memastikan keselesaan penduduk.

Calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman berkata, ia sudahpun diambil tindakan olehnya ketika masih berkhidmat dalam Majlis Perbandaran Muar (MPM).

Katanya, satu konsultan telah dilantik ketika itu untuk menjalankan kajian mengatasi banjir di beberapa penempatan terlibat.

“Tindakan itu perlu dilakukan kerana tidak mahu penduduk terjejas dengan pelbagai kepayahan dan kerugian akibat berlakunya banjir sama ada berpunca daripada hujan atau air pasang besar.

“Hasil daripada semakan juga mendapati hanya sedikit sahaja kawasan di Simpang Jeram yang terlibat dengan masalah ini dan selebihnya adalah di luar kawasan DUN,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Nazri, kepakaran yang dimilikinya ketika berkhidmat sebagai jurutera MPM, mampu membantu Simpang Jeram selepas menerima laporan daripada konsultan.

Katanya, antara kawasan dikenal pasti adalah beberapa kawasan rendah di Kampung Sungai Abong dan Batu 6, Jalan Bakri.

“Dapatan daripada hasil kajian itu nanti akan digabungkan dengan kajian kami agar masalah ini tidak hanya berjaya diselesaikan untuk jangka masa pendek, namun kepentingan lebih kepada tindakan jangka masa panjang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya