Nahas pesawat: Setiap satu mayat diurus dua pegawai HTAR - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Setiap satu mayat diurus dua pegawai HTAR

Nahas pesawat
PROSES bedah siasat dan pengecaman terhadap 10 mayat mangsa nahas pesawat sedang dilakukan dekat Jabatan Perubatan Forensik, HTAR di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak dua kakitangan dan pegawai perubatan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini ditetapkan bagi melancarkan proses bedah siasat dan pengecaman mayat mangsa nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, koordinasi tersebut dilaksanakan bagi mempercepat proses berkenaan terhadap 10 mayat lelaki mangsa nahas terbabit yang tiba din HTAR kira-kira pukul 1.22 pagi tadi.

“Untuk melancarkan proses pengecaman dan asid deoksiribonukleik (DNA), setiap mayat yang diterima ditugaskan kepada seorang pegawai penyiasat polis dan pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik HTAR untuk proses bedah siasat yang selanjutnya. 

“Selepas keputusan DNA dan proses bedah siasat selesai dilaksanakan, mayat akan diserahkan kepada waris untuk pengebumian,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. 

Beliau menambah, ketika ini  semua keluarga waris yang hadir di HTAR dikumpulkan di Auditorium, Kompleks Rawatan Harian dan dibantu oleh petugas hospital.

“Perkhidmatan Psikologi First Aid juga disediakan bagi membantu waris-waris yang berdepan tekanan dan memerlukan sokongan psikologi ketika mereka berdepan dengan tragedi itu,” ujarnya

Terdahulu, sekurang-kurangnya 10 warga tempatan maut dalam nahas sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.40 petang tadi di Persiaran Elmina, Seksyen U16, di sini, yang dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Bagaimanapun, pesawat terbabit terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik sahaja mendapat kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Mangsa yang berada dalam pesawat seramai lapan orang terdiri daripada enam lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun serta dua anak kapal termasuk seorang juruterbang.

Sementara dua lagi merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di Persiaran Elmina berhampiran susur masuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dari arah Denai Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya