Nahas pesawat: Petugas media berkampung di HTAR - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Petugas media berkampung di HTAR

Nahas pesawat
SUASANA di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR, Klang, Selangor petang semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 20 petugas media mula memenuhi luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak pukul 6 petang tadi selepas mayat nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam dilaporkan dihantar ke situ.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pintu masuk utama Jabatan Forensik itu dikawal ketat pengawal keselamatan dan media tidak dibenarkan memasukinya.

Setakat pukul 7 petang ini, jenazah mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam belum tiba di hospital tersebut.

Seramai 10 mangsa terkorban dalam nahas melibatkan pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.48 petang itu, kesemua mangsa yang terlibat adalah lapan orang penumpang.

Turut terkorban, pemandu kereta dan penunggang motosikal apabila pesawat itu dipercayai terhempas pada mereka.

Kesemua mangsa warga tempatan yang maut berusia 40 hingga 50-an.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat daripada Langkawi, Kedah itu sepatutnya mendarat di Terminal Skypark Subang pukul 2.50 petang.

Namun, dua minit sebelum mendarat, pesawat berkenaan telah terhempas ke lokasi kejadian dan menghempas sebuah kereta dan motosikal.

Kesemua penumpang termasuk seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dipercayai menaiki pesawat ringan ke Langkawi bagi menghadiri sebuah mesyuarat melibatkan Majlis Tindakan Pembangunan negeri berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya