Nahas pesawat: Mayat tak sempurna masih boleh dikenal pasti - Menteri Kesihatan - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Mayat tak sempurna masih boleh dikenal pasti – Menteri Kesihatan

Nahas pesawat
DR. Zaliha Mustafa ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasukan forensik bersedia menerima apa jua keadaan semua 10 mayat nahas pesawat Beechcraft Model 390 bagi mempercepatkan proses pengecaman dan bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya setakat ini dimaklumkan ada antara mayat yang boleh dikenal pasti manakala selebihnya cebisan.

Jelas beliau, terdapat empat pasukan masing-masing dari Hospital Sungai Buloh, HTAR dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bertugas di lokasi kejadian bagi proses mencari dan mengumpul mayat.

“Kita dengar ada body (mayat) yang boleh dicam. Ada juga dengar perlukan masa disebabkan dipanggil cebisan dan sebagainya.

“Itu kita dengar namun tidak pasti sehingga keadaan sebenar sehingga sampai kepada kita (di HTAR),” katanya ketika ditemui selepas melawat waris di pekarangan luar Jabatan Forensik HTAR malam ini.

Tegas Zaliha, jumlah anggota dan pegawai forensik yang akan terlibat dalam proses bedah siasat antara 20 hingga 30 orang dengan diketuai Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi.

“Kita masih menunggu ketibaan mayat-mayat nahas tersebut. Proses itu akan selesaikan secepat mungkin supaya keluarga dapat bawah jenazah untuk urusan seterusnya,” jelasnya.

Tambah beliau, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan untuk membuat pengecaman sebelum bedah siasat dilakukan.

“Kita turut menyediakan pasukan termasuk dari Jabatan Psikiatri dalam membantu psikologi para keluarga dan waris susulan kejadian tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya