Nahas pesawat: Jenazah Allahyarham Johari di bawa ke Batu Caves - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Jenazah Allahyarham Johari di bawa ke Batu Caves

Nahas pesawat
SOLAT jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun diimamkan sendiri oleh salah seorang anaknya dekat Masjid Ar-Rahimiah di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 100 terdiri daripada ahli keluarga dan orang awam menghadiri solat jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini, hari ini.

Jenazah beliau disolatkan selepas urusan mandi dan kafan selesai dilakukan di masjid berkenaan sebaik sahaja tiba di situ kira-kira pukul 10 pagi sebaik sahaja dituntut oleh ahli keluarga di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh anaknya sendiri dan turut disertai oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

Selepas selesai urusan solat,  jenazah Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves pukul 10.35 pagi.

Difahamkan, urusan kesemua sembilan jenazah akan dibuat secara berperingkat.

Semalam, jenazah salah seorang mangsa, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Petani.

Tragedi pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu telah mengorbankan 10 nyawa, iaitu lapan penumpang dan krew, seorang pemandu e-hailing dan seorang penghantar makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya