Nahas pesawat: JAIS, Jabatan Mufti, polis bantu urus jenazah - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: JAIS, Jabatan Mufti, polis bantu urus jenazah

Nahas pesawat
SUASANA di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan HTAR, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 10 van jenazah dan 45 petugas ditugaskan bagi urusan tuntutan jenazah sembilan mangsa nahas pesawat yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Kesemua petugas itu melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Unit Agama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tinjauan Utusan Malaysia di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, mendapati petugas sibuk menguruskan tempat mandi dan solat jenazah.

Selain itu, ahli keluarga dsn waris mangss dilihat mula hadir berkumpul di perkarangan masjid tersebut.

Jurucakap JAIS berkata, pihaknya melakukan persiapan rapi dan segala proses berkaitan tuntutan semua jenazah itu berjalan lancar setakat ini.

“Biarpun melibatkan sembilan jenazah, kita menyediakan tambahan van melebihi 10 bagi lokasi pengebumian yang jauh. Selain JAIS, kita mendapat kerjasama Jabatan Mufti dan PDRM bagi memastikan semua urusan berjalan sebaik mungkin hari ini,” katanya ketika ditemui di masjid itu, hari ini.

Berdasarkan papan notis di ruangan tuntutan jenazah itu, semua jenazah dijadualkan dikebumikan masing-masing dua di Pahang selain Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu akan diserahkan kepada warisnya hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penyerahan semua jenazah itu akan dilakukan secara berperingkat bermula pukul 9 pagi. 

Perkara itu diputuskan selepas padanan dilakukan ke atas semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa.

Jenazah pertama mangsa melibatkan penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selesai dituntut keluarganya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Nahas itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya