Nahas pesawat: HTAR jadi tumpuan, satu jenazah jangka diserah - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: HTAR jadi tumpuan, satu jenazah jangka diserah

Nahas pesawat
SUASANA di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang pagi ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) menjadi tumpuan media apabila jenazah seorang mangsa nahas pesawat ringan dijangka akan diserahkan kepada waris keluarga hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenderaan polis memasuki pintu utama jabatan itu dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.

Satu sidang akhbar mengenai perkara itu akan dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan identiti mangsa akan didedahkan kepada media selepas pihaknya memaklumkan kepada waris.

Malam tadi, Hussien menghadiri mesyuarat di Jabatan Forensik itu dengan Pasukan Patologi HTAR, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Cap Jari Bukit Aman dan pakar ontologi (gigi) Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia antaranya perbincangan bagi mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan penghantaran sampel kepada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan proses bedah siasat dan pengecaman kesemua 10 mangsa nahas itu dijangka siap seawal Isnin depan.

Proses termasuk pengesanan identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu mengambil masa kerana Jabatan Kimia harus membuat pengecaman cebisan anggota badan mangsa.

Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya