Nahas pesawat: Enam penumpang, dua kru maut - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Enam penumpang, dua kru maut

Pesawat terhempas
PASUKAN bomba memadam kebakaran pada serpihan pesawat yang terhempas sementara polis membuat kawalan keselamatan dekat Persiaran Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas dan menghentam sebuah motosikal dan kereta dekat Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada enam penumpang, dua anak kapal dan dua penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui jalan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah pada pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat awal polis mendapati pesawat tersebut terhempas pada 2.49 petang iaitu kira-kira dua minit sebelum ia sepatutnya mendarat di Subang.

“Bagaimanapun, dua minit sebelum mendarat pesawat itu tiba-tiba terputus hubungan sebelum dipercayai terhempas ke lokasi kejadian dan melanggar sebuah kereta dan motosikal

“Kita sedang kenal pasti kesemua mangsa ketika ini dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan pengecaman,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya