Nahas pesawat Elmina: Jasad tidak hangus, hanya pakaian terbakar

Nahas pesawat: Jasad tidak hangus, hanya pakaian terbakar

SITI ZAILAH Mohd. Yusoff (dua dari kanan) menziarah keluarga Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali di Taman Ketari, Bentong, Pahang. - FB SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jasad Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali,41, didakwa tidak hangus sebaliknya hanya pakaiannya terbakar dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkongsi perkara itu selepas beliau menziarahi keluarga mangsa di Taman Ketari, Bentong, Pahang.

“Terharu dapat makluman dari keluarga arwah bahawa jasad arwah tidak hangus terbakar, hanya pakaian saja yang terbakar.

“Almarhum Ustaz Idris merupakan seorang hafiz Al-Quran. Semoga semua roh para arwah bersama para solihin dan ditempatkan di syurga yang tertinggi,” katanya dalam akaun Facebook miliknya.

Allahyarham adalah pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Sebelum itu, Allahyarham merupakan pegawai kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguat kuasa, namun bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas mula berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Johari.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Bentong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Bentong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya