Nahas pesawat: Baki sembilan jenazah diserah kepada waris esok - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Baki sembilan jenazah diserah kepada waris esok

Nahas pesawat
NAHAS jet di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 orang termasuk seorang pemandu dan penunggang e-hailing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin akan diserahkan kepada warisnya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penyerahan semua jenazah itu akan dilakukan secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.

Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas padanan dilakukan ke atas semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa 

“Kita telah membuat keputusan dan kenal pasti semua identiti mayat yang diperoleh di lokasi pencarian nahas itu. “Esok pagi kita akan serahkan jenazah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau menambah, polis akan memaklumkan perkara itu kepada semua waris dan ahli keluarga mangsa.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Lokasi pengebumian jenazah pula akan diaturkan pihak keluarga mangsa,” ujarnya.

Katanya lagi, terdapat prosedur perlu diuruskan wakil waris iaitu perlu membuat laporan polis malam ini.

“Pegawai penyiasat akan menghubungi mereka untuk menjelaskan bagaimana laporan polis dibuat (urusan menuntut jenazah). Ini seterusnya akan memudahkan penyerahan jenazah kepada waris,” jelasnya.

Terdahulu, Hussien memaklumkan proses bedah siasat 10 mangsa nahas pesawat persendirian ringan itu selesai dan memfokuskan kepada padanan ujian DNA.

Urusan bedah siasat yang dijalankan oleh 30 pegawai patologi dan forensik selesai sepenuhnya di Jabatan Forensik HTAR semalam.

Jenazah pertama mangsa melibatkan penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selesai dituntut keluarganya.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah pukul 3.45 petang tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya