Nahas pesawat: Arwah Khairil sempat tanya peperiksaan anak - Isteri - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Arwah Khairil sempat tanya peperiksaan anak – Isteri

Nahas pesawat
NIZATUL Akmar Mohd. Nasir ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Allahyarham Khairil Azwan Jamaludin, 43, sempat menghubungi isterinya termasuk bertanyakan mengenai peperiksaan anak sebelum terkorban dalam nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1).

Nizatul Akmar Mohd. Nasir, 43, berkata, arwah suaminya amat teruja kali pertama menjadi penumpang pesawat persendirian. 

Jelas beliau, ia berikutan Kharil Azwan sebelum ini hanya bertindak sebagai juruterbang helikopter bagi membawa Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

“Dia (arwah) ada menelefon saya pukul 1.40 tengah hari tadi memaklumkan akan terbang pulang dari Langkawi ke Subang. 

“Allahyarham memaklumkan keterujaan menjadi penumpang dan sempat menanyakan kertas peperiksaan salah seorang anak kami,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam tadi.

Menurut Nizatul Akmar, hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Khairul Ikwan berusia 10 tahun, Adam Hariz, 12, dan Khairul Harisin,14. 

Tambah kakitangan sebuah syarikat insurans itu, dia ia hanya mengetahui kejadian berkenaan menerusi media sosial sebelum menghubungi seorang pegawai polis di lokasi kejadian bagi tujuan pengesahan. 

“Saya bergegas dari Seremban, Negeri Sembilan tadi dan tiba kira-kira pukul 9 malam. Selagi tidak jumpa (mayat) dia, saya berat untuk menerimanya. Ini terlalu drastik.

“Bagi saya, Khairil Azwan belum balik dari kerja,” ujarnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya