Nahas pesawat: Allahyarham Johari komited - MB Pahang - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Allahyarham Johari komited – MB Pahang

Nahas pesawat
WAN Rosdy Wan Ismail ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR Klang, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Allahyarham Datuk Seri Johari Harun disifatkan seorang yang komited dalam kerja terutama dalam mengutarakan isu-isu berkaitan portfolionya sebagai Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada mesyuarat Exco Pahang diadakan di Langkawi didapati Allahyarham sempat menyentuh ada kelewatan projek berkaitan perumahan. 

Jelas beliau, tiada perubahan ketara pada Johari kecuali sangat aktif dalam mesyuarat tersebut. 

“Semalam (kelmarin) baru mesyuarat Exco dengan beliau dan amat aktif. Selalunya beliau bercakap juga namun tidak sebanyak semalam dan ketika itu saya tidak perasaan ( perubahan ketaranya).

“Beliau juga menyentuh mengenai kelewatan projek berkaitan perumahan pada mesyuarat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Jabatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam tadi.

Menurut Wan Rosdy, Allahyarham bergegas pulang dari Langkawi, Kedah kerana ada urusan lain yang perlu diuruskan beliau sebelum mendapat tahu mengenai nahas itu. 

“Beliau sempat bersarapan pagi dan makan tengah hari bersama Allahyarham sepanjang sesi mesyuarat tersebut.

“Sudah tentu sangat sedih kerana setiap minggu selalu mesyuarat dengan beliau yang merupakan ahli exco sangat rajin, progresif, dinamik dan sentiasa bawa apa permasalahan dalam portfolio beliau. 

“Sangat mengejutkan dan di luar dugaan selain saya berasa sangat sedih, terharu serta merasakan kehilangan seorang sahabat dan sejawat (dalam kerajaan negeri Pahang),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy memaklumkan kerajaan negeri akan menanggung segala keperluan termasuk kos pengebumian melibatkan semua penumpang dan kru pesawat tersebut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya