Nahas Elmina: Shahrul Kamal seperti tahu nasibnya - Abang Ipar - Utusan Malaysia

Nahas Elmina: Shahrul Kamal seperti tahu nasibnya – Abang Ipar

Nahas pesawat
SYED Tahir Syed Mohamed ditemui pemberita di luar Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Juruterbang pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1), Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dikatakan seolah-olah mengetahui nasib akan menimpanya apabila memberikan nombor telefon isteri kepada rakannya pada minggu lalu.

Abang Ipar mangsa, Syed Tahir Syed Mohamed, 39 berkata, perkara itu adalah sesuatu luar jangkaan dengan andaian rakan tersebut akan menghubungi ahli keluarganya sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada Shahrul Kamal, 42. 

“Mungkin dia (Shahrul Kamal) dapat merasakan cuma tidak beritahu (mengenai gerak hatinya).

“Alhamdulillah, semalam Halim (rakan Allahyarham) orang yang pertama beritahu mengenai nahas tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di luar unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Menurut kakitangan swasta sebuah syarikat logistik tersebut, mereka sekeluarga kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapat berita tidak rasmi bahawa Shahrul Kamal telah tiada. 

Jelas Syed Tahir, adiknya iaitu isteri arwah telah memasuki unit forensik HTAR bagi tujuan pengecaman. 

“Bagaimanapun, ada kerja-kerja perlu dibuat dari segi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi cebisan (badan) yang lain.

“Insya-Allah, segala urusan mandi dan solat akan dilakukan di HTAR sebelum dibawa ke rumah ibu bapa arwah di Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate selepas solat Jumaat,” ujarnya.

Mengulas mengenai keperibadian Shahrul Kamal, Syed Tahir menjelaskan  Allahyarham seorang yang periang, penyayang dan disenangi ahli keluarga selain mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan adik perempuannya. 

“Dia juga dikenali sebagai comel di kalangan ahli pilot ( juruterbang) dan sangat cekap dalam pengendalian pesawat tetapi sudah takdirnya ( terkorban dalam nahas tersebut),” luahnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya