Nabil Aqil dihujani 'salam perkenalan' golongan gay - Utusan Malaysia

Nabil Aqil dihujani ‘salam perkenalan’ golongan gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pelakon, Nabil Aqil, mendedahkan dihujani gangguan dari golongan homoseksual gara-gara pengakuannya yang ingin melakonkan watak gay.

Nabil bagaimanapun lega kerana tidak menerima gangguan melampau, sekadar mesej ingin berkenalan dan bertanya khabar.

“Semua yang DM di Instagram adalah lelaki. Tapi mereka tidaklah menuduh saya gay, cuma menyangka saya ‘sesuatu’.

“Saya tahu punca kenapa mereka berbuat demikian, saya pun sudah buat kenyataan tentang itu (watak gay).

“Tapi setakat ini tiada yang melampau. Saya cuma risau kalau ada perempuan menyangka saya gay, sebab buat masa ini saya masih single,” katanya.

Nabil baru-baru ini tular gara-gara kenyataannya yang ingin melakonkan watak gay.

Ujarnya sebelum ini, dia yakin mampu menghidupkan watak tersebut dengan berkesan kerana dikelilingi golongan jenis itu.

Nabil ketika disoal isu yang sama, memaklumkan watak tersebut mempunyai cabaran tersendiri dan membuka pintu bagi seseorang pelakon itu untuk menang anugerah sekiranya berjaya dihidupkan dengan baik dan berkesan.

“Potensi menang anugerah tinggi kalau kita buat sesuatu lakonan yang mencabar.

“Contoh seperti pelakon Gambit Saifullah yang menang anugerah gara-gara lakonannya menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

“Saya yakin saya boleh bawa watak lembut sebab saya sudah observed golongan ini,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya