Muslimat Masjid Qariyah Kampung Batu 10 Cheras

Muslimat Masjid Qariyah Kampung Batu 10 Cheras sertai program diskusi

WAKIL muslimat Masjid Qariyah Kampung Batu 10 Cheras bergambar kenangan dengan Dr Kartini Tawang selaku penceramah menerusi program diskusi muslimat anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program Diskusi Muslimat peringkat Daerah Hulu Langat disertai oleh muslimat daripada pelbagai lapisan usia. Program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor diadakan di Dewan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq baru baru ini.

Tidak ketinggalan wakil muslimat daripada Masjid Qariyah Kampung Batu 10 Cheras seramai lima orang . Program yang bermula pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dikendalikan Pensyarah kanan Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Islam Selangor iaitu Dr Nor Kartini Tawang. Beliau membicarakan topik haid, nifas dan istihadhah.

Menurut wakil muslimat masjid berkenaan, Syuzana Mohd Atta, mereka bersyukur diberikan peluang untuk hadir mengimarahkan program ini.

Mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila terpilih antara peserta bertuah menerima hadiah berupa buku ilmiah daripada penceramah terbabit. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya