‘Mood’ perubahan di Bukit Kayu Hitam dan Ayer Hitam - Utusan Malaysia

‘Mood’ perubahan di Bukit Kayu Hitam dan Ayer Hitam

ZAINOL Abidin Mohamad (kanan) bersama jentera parti sewaktu turun ke Fatimah MZ Agrofarm, Changlun, Kedah.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMASUKI pusingan kedua kempen, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Ayer Hitam mula melihat ‘mood’ perubahan rakyat untuk kembali memilih calon BN sebagai wakil rakyat di situ disebalik gelombang Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan masih kuat di Kedah.

Rata-rata pengundi termasuk orang muda yang ditemui dua calon berkenaan iaitu Zainol Abidin Mohamad, DUN Bukit Kayu Hitam dan Hayazi Azizan, DUN Ayer Hitam memperlihatkan momentum sokongan cukup positif.

Dua calon itu bukanlah asing dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan kerana sudah lama terlibat dengan kerja-kerja membantu dan menyantuni rakyat.

Malah, Zainol Abidin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu juga sudah puluhan tahun berkhidmat di kawasan berkenaan khususnya dalam aspek pendidikan serta kerja-kerja kebajikan.

Malah, luahan penduduk sebelum ini bahawa wakil rakyat di kawasan berkenaan sukar ditemui selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menguatkan lagi peluang perubahan khususnya di DUN Bukit Kayu Hitam.

Di kerusi DUN Ayer Hitam, meskipun kelebihan dilihat kepada penyandang, Azhar Ibrahim dari PN, namun tidak mustahil pengundi khususnya orang muda memilih calon dalam kalangan anak muda sendiri.

HAYAZI Azizan.-UTUSAN

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Ayer Hitam, Hayazi berusia 44 tahun bakal bertembung dengan bekas gurunya itu yang juga merupakan penyandang.

Zainol juga bakal berdepan penyandang kerusi DUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad yang mewakili PN dan juga merupakan bekas pelajarnya.

Kata Hayazi, melihat kepada momentum sokongan kempen ketika ini, pengundi khususnya orang muda sudah mula kembali untuk bersama BN.

“Salah satu kelebihan, saya calon muda dan orang muda pun hendak orang muda,” katanya.

Cikgu Non juga melihat angin perubahan bakal tercetus di DUN Bukit Kayu Hitam di mana ramai yang menyatakan sokongan untuk kembali melihat wakil rakyat BN berkhidmat di kawasan itu.

Katanya, dalam kalangan anak muda mereka kebanyakkan memang adalah penyokong PN namun akan mengundi Cikgu Non.

“Respon daripada penduduk pelbagai latar belakang kaum yang saya temui juga kebanyakkan mahu perubahan di kawasan berkenaan. Saya sudah buat kerja lama dah di sini,” katanya.

Pada PRU-14, Halimaton memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,153 undi menerusi pertembungan tiga penjuru menentang Datuk Ahmad Zaini Japar (BN) dan Habshah Bakar (Pas).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya