Momentum sokongan kepada BN semakin meningkat

Momentum sokongan kepada BN semakin meningkat

MAHDZIR Khalid menyantuni sebahagian masyarakat Siam ketika berkempen di Kampung Chang Deng, Naka di Padang Terap. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Barisan Nasional (BN) yakin semakin mendapat momentum sokongan di Kedah dengan beberapa kawasan yang sebelum ini tiada peluang dan sukar dimasuki telah berjaya ditembusi di seluruh negeri ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau merasakan seolah-olah terdapat ‘aura’ untuk rakyat negeri ini kembali kepada BN walaupun Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sering bercakap mengenai gelombang yang menyebelahi Perikatan Nasional (PN).

“Di kesemua 15 kerusi yang BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. Kita tahu Sanusi harapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN).

“Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah. Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai ‘underdog’ kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu berkempen di Pedu, hari ini.

Mahdzir yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan rakyat Kedah untuk memilih calon yang boleh bekerja berbanding golongan yang hanya bersifat populis.

“Rekod perkhidmatan sudah tentu diambil kira dan kalau undi itu dibuat atas dasar populis, belum tentu kita boleh capai perkara yang rakyat mahukan,” katanya.

Dalam pada itu Mahdzir berkata, jentera dan penyokong BN tidak seharus terikut-ikut rentak dimainkan pihak lawan yang menggunakan kata-kata kasar dalam ceramah mahu pun kempen dilakukan.

“Tak payah gunakan bahasa kasar atau nak lawan semula kata-kata mereka. Sebagai contoh Sanusi ketika berucap sebelum ini menggunakan perkataan ‘aku sepak satgi’ yang ditujukan kepada saya.

“Itu terpulanglah kepadanya tetapi budaya kita bukan macam itu. Tak payahlah nak jawab balik sebaliknya kita fokus kepada pengundi dan kita yakin rakyat Kedah bijak membuat pilihan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya