Mohon pam air atasi banjir kilat Batu 38 Baroh

Mohon pam air atasi banjir kilat Batu 38 Baroh

RIZAM Ismail dan Sawiah Dolah Sadari melihat parit yang mengakibatkan limpahan banjir di Kampung Batu 38 Baroh, Sabak Bernam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Penduduk Kampung Batu 38 Baroh di sini memohon pembinaan pam air bagi mengatasi masalah kekerapan banjir kilat di kawasan itu yang berlarutan lebih 10 tahun lalu.

Bah itu mengakibatkan kira-kira 30 rumah diduduki ratusan penghuni di kawasan berkenaan dinaiki air sehingga paras lutut.

Penduduk, Sawiah Dolah Sadari, 44, berkata, kejadian terbaharu melanda kampung itu Disember tahun lalu akibat hujan berterusan sehingga menyebabkan air parit di hadapan rumahnya melimpah dan masuk ke dalam rumah serta mengakibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik.

“Ketika itu, puluhan kediaman lain turut terjejas dinaiki air dan surut selepas beberapa hari. Jika hujan dalam tempoh lama, hati saya menjadi gelisah kerana bimbang bah sama berulang,” katanya ketika disantuni calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Dalam pada itu, Rizam yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan akan mengajukan cadangan pembinaan pam air di kampung tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Saya dan JPS sebelum ini melaksanakan langkah menaik taraf sistem perparitan yang dilihat mengurangkan kekerapan banjir.

“Namun, saya mahu banjir tidak lagi berlaku dan membantu penduduk yang bukan sahaja kemusnahan harta benda malah tanaman mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya