Mohd. Zawawi mengundi di SK Jalan Kebun - Utusan Malaysia

Mohd. Zawawi mengundi di SK Jalan Kebun

Mohd. Zawawi
MOHD. Zawawi Ahmad Mughni memasukkan kertas undi ke dalam peti undi di SK Jalan Kebun, di Shah Alam, Selangor, pagi tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.49 Sungai Kandis daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd. Zawawi Ahmad Mughni turun mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun pukul 9.30 pagi ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor tampil mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada 2018.

Pada PRK tersebut Mohd. Zawawi meraih 15,427 undi dengan majoriti 5,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K. Murthy (97 undi).

Seramai 78,605 pengundi berdaftar di DUN tersebut akan memilih Mohd. Zawawi, Wan Dzahanurin Ahmad (Perikatan Nasional) dan Afriena Shaqira Sariff (Muda) hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya