Mohd. Rozaini mahu bela kebajikan penduduk Jertih  - Utusan Malaysia

 Mohd. Rozaini mahu bela kebajikan penduduk Jertih 

MOHD. Rozaini Mohd. Rasli (dua dari kanan) beramah mesra dengan penduduk ketika kempen dari rumah ke rumah di Jertih, semalam. -
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Keikhlasannya dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan membantu mangsa Covid-19 dua tahun lalu menyebabkan ramai penduduk sekitar daerah ini sangat mengenali Mohd. Rozaini Mohd. Rasli.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih itu berkata, beliau sudah terbiasa membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal dan bertekad akan meneruskannya selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mesra disapa dengan panggilan Koja, Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, dia terharu kerana masih ramai yang mengingatinya ketika berkhidmat menjadi sukarelawan membantu barisan petugas hadapan yang sangat penat ketika itu.

“Prinsip kita mesti sentiasa menolong orang dalam kesusahan, kalau tidak dengan wang ringgit boleh bantu dengan tenaga, masa, kepakaran atau kemahiran yang kita ada.

“Insya-Allah aspek kebajikan penduduk DUN Jertih akan terus terbela di bawah pentadbiran UMNO, malah banyak lagi Aku Janji tawaran menarik disediakan kepada pengundi untuk PRN yang berlangsung esok,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Walaupun menjadi calon paling muda yang ditampilkan BN, Koja bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada veteran UMNO dan pemimpin parti itu sepanjang tempoh berkempen kali ini.

“Alhamdulillah, kerana sokongan itu meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus bekerja kuat hingga 12 tengah malam ini berjumpa seramai mungkin pengundi di DUN Jertih.

“Jertih yang menjadi pusat ekonomi bagi daerah Besut akan kita perkasakan lagi dengan pelbagai perancangan pembangunan agar lebih ramai penduduk menikmati manfaatnya. 

“Kita dah terangkan semua akujanji BN Terengganu untuk semua pelbagai lapisan masyarakat, peluang yang terbaik untuk orang muda dan kini berharap pengundi akan membuat keputusan terbaik esok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya