Mock cheque DAP: Tiada isu - Nga Kor Ming

Mock cheque DAP: Tiada isu – Nga Kor Ming

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Tiada isu, namun apa yang penting sekolah itu dapat manfaat.” Itu komen ringkas Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung sekeping gambar tular mengenai logo parti DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan kepada beberapa buah sekolah dipercayai di Perak.

Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Apa yang penting, sekolah itu dapat manfaat daripada sumbangan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kafe Starbucks@KPKT di sini, hari ini.

Isu pemberian sumbangan itu menimbulkan pelbagai reaksi pelbagai pihak khususnya daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh yang mempersoalkannya sama ada ia disumbangkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina di Perak.

Laporan akhbar itu turut memaparkan satu keping gambar menunjukkan penerima dipercayai wakil sekolah memegang mock cheque masing-masing dimana ia turut diserta Kor Ming sendiri.  Laporan akhbar itu kemudian tular  selepas ‘mock cheque’ yang serahkan kepada sekolah berkenaan terdapat logo parti DAP yang diletakkan di sebelah Jata Negara. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya