Misi calon BN bina klinik kesihatan baharu di Dengkil

Misi calon BN bina klinik kesihatan baharu di Dengkil

LALUAN masuk ke Klinik Kesihatan Dengkil dibuat sehala sahaja kerana jalannya yang sempit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Biarpun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersilih ganti, namun janji dituntut penduduk Dengkil bagi mendapatkan klinik kesihatan lebih selesa masih belum tercapai.

Klinik Kesihatan Dengkil yang beroperasi di Jalan Besar, Pekan Dengkil di sini, dilihat tidak lagi sesuai untuk menampung keperluan penduduk yang kian bertambah.

Pusat kesihatan itu terletak di kawasan sesak, selain waktu menunggu yang lama dan tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi.

Menyedari hakikat itu, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.55 Dengkil, Noorazli Said mempunyai agenda besar untuk memenuhi impian penduduk Dengkil itu.

Noorazli ketika ditemui berkata, pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu akan menjadi agenda pertama yang akan diusahakannya jika terpilih sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos ini.

Beliau berkata, tanah bagi pembinaan klinik kesihatan itu sudah disediakan dan ia sudah diwartakan sejak 2013 lagi, namun pembinaannya sahaja tidak diluluskan kerana tiada peruntukan.

“Jika tidak boleh dibina dalam masa terdekat, kita akan lakukan penambahbaikan. Ma­lah, kita telah terima permohonan supaya bangunan klinik, tempat menunggu dan tempat letak kereta dinaik taraf,” katanya. Katanya, jika kawasan ini dimenangi wakil rakyat daripada Kerajaan Perpaduan, usaha pembinaan itu mungkin akan menjadi lebih mudah.

Noorazli berkata, beliau tidak fikir Kerajaan Negeri Selangor sedia ada akan tumbang pada 12 Ogos ini, namun amat rugi jika tidak samakan kuasa kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Bagi saya, soal kesihatan untuk rakyat adalah perkara pa­ling utama bagi setiap pemimpin jika ingin bercakap mengenai soal pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya