Minat pelabur antarabangsa terhadap Malaysia lebih positif

Minat pelabur antarabangsa terhadap Malaysia lebih baik berbanding dahulu

ANWAR Ibrahim bergambar bersama barisan Ketua Pegawai Eksekutif bank-bank yang terlibat pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKaD di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Minat pelabur-pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia pada masa kini jauh lebih baik berbanding satu atau dua tahun yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu merupakan perkembangan positif dalam melonjakkan ekonomi negara.

“Saya optimis bahawa dengan minat pelabur-pelabur antarabangsa berkembang sekarang jauh lebih baik daripada catatan satu (atau) dua tahun yang lalu.

“Itu satu sangat positif bagi kita kerana ia akan membantu melonjakkan ekonomi tetapi lonjakkan ekonomi itu harus beralih daripada pendekatan lama,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKaD.

Menurut Anwar, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghentikan pembaziran rasuah dalam tadbir urus dan mengamalkan pendekatan yang lebih prihatin atau manusiawi.

“Ketiganya (fokus) pda isu dan bidang2 yang kita agak tinggalkan (ketinggalan) termasuk keselamatan makanan, soal transformasi digital, dan bidang-bidang teknologi maklumat (IT) yang nampak kita belum tingkatkan sepatutnya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan dana tambahan sebanyak RM6 juta kepada program iTEKaD tahun ini sebagai usaha untuk terus memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah.

Tambahan itu merupakan penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.

Selain itu, Anwar menggesa sembilan institusi kewangan terlibat sama dengan program iTEKaD, menjadikan keseluruhan 20 institusi berbanding 11 yang direkodkan masa kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya