Mengapa ada sikap antara dua darjat dalam kes Muhyiddin

Bersatu dakwa wujud amalan sikap antara dua darjat dalam kes Muhyiddin, Ahmad Zahid 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoal Jabatan Peguam Negara (AGC) didakwa mengamalkan sikap antara dua darjat dalam mengendalikan kes mahkamah antara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Semalam, Mahkamah Tinggi membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. 

Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif berkata, Peguam Negara pula memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama, berhubung keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Muhyiddin.  

Sasha Lyna yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor DUN Bukit Antarabangsa berkata, pemfailan rayuan itu ‘tergesa-gesa’ yang dilihat berbeza dengan cara Peguam Negara menangani pertuduhan terhadap Ahmad Zahid yang sedang membela diri di mahkamah. 

“Mengapa perlu tergesa-gesa memfailkan rayuan tanpa mempertimbang terlebih dahulu alasan yang diberi oleh mahkamah?

“Kepantasan dan tergesa-gesa Peguam Negara bergegas dalam rayuan semalam berbeza dengan cara jabatan dalam menangani pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid sebelum ini.  

“Mengapakah Peguam Negara dan kerajaan mengamalkan double standard (dua darjat) dalam menangani dua kes ini? Kerajaan tidak boleh berpura-pura ia tiada kaitan dengan tindakan Peguam Negara. 

“Kerajaan bertanggungjawab kepada orang ramai atas tindakan Peguam Negara, lebih-lebih lagi Ahmad Zahid adalah sekutu politik utama Perdana Menteri yang mana Peguam Negara menjawab secara terus,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Zahid, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi yang mana beliau merupakan pengasas dan pemegang amanahnya. 

Dalam kes Muhyiddin semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Selain itu, Hakim Muhammad Jamil memutuskan pertuduhan yang dihadapinya tidak mendedahkan butiran kesalahan dilakukan menyebabkan tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semalam memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi empat pertuduhan, bagaimanapun, tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dihadapi Muhyiddin masih kekal.

Ekoran itu, Sasha Lyna mempersoal kewajaran Peguam Negara mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bukan tugas profesional seorang Peguam Negara untuk bertindak seperti itu.

“Walau apa pun, tiga lagi pertuduhan terhadap Muhyiddin tidak berasas tanpa pertuduhan predikat yang dimansuh. AG sepatutnya melakukan perkara yang benar iaitu menggugurkan rayuan dan tiga lagi pertuduhan terhadap Muhyiddin. 

“Oleh itu, kami menggesa Peguam Negara berlaku adil dan saksama dalam membuat keputusan pendakwaan dan tidak mensia-siakan sumber awam dalam memfailkan rayuan yang tidak berwibawa dalam kes Muhyiddin,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya