MBSJ anjur kursus pengurusan, penyelenggaraan bangunan

MBSJ anjur kursus pengurusan, penyelenggaraan bangunan

MBSJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya dengan kerjasama pihak Koperasi Subang Jaya Berhad (KOSUJA) telah menganjurkan kursus profesional mengenai pembangunan dan pengurusan penyelenggaraan di bangunan berstrata.

Melalui program yang dijalankan selama dua hari ini iaitu ‘Strata Technique Approach Towards Resilient (MySTAR)’ oa mensasarkan seramai 104 peserta yang terdiri dari pemegang taruh dalam bidang pengurusan strata memfokuskan pihak pemaju, pengurus harta berdaftar, Badan  Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh negeri.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBSJ,  Mohd Fauzi Mohd Yatim di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

Kursus ini merupakan modul teknikal yang lengkap berhubung penyelenggaraan sesebuah bangunan berstrata serta memberi pendedahan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata sekali gus membentuk sesebuah masyarakat strata yang madani.

Objektif program ini adalah memberikan pendedahan kepada semua peserta berhubung isu teknikal semasa yang berlaku di bangunan berstrata dan tindakan yang boleh diambil oleh mana-mana pihak yang terlibat selain menambah baik amalan semasa dalam melaksanakan penyelenggaraan bangunan.

Ia juga bertujuan menjadikan satu medium untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat di kalangan pengamal bidang pengurusan harta atau fasiliti dan memberi pendedahan maklumat terkini kaedah-kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan dalam penyelenggaraan bangunan.

Diharap melalui perlaksanaan kursus seperti ini akan meningkatkan pemahaman mengenai pengurusan bangunan berstrata sekaligus menyahut saranan pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan  Hartanah Selangor (LPHS) dalam memantau dan membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan dan pengurusan penyelenggaraan di bangunan berstrata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya