SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Alam Shah pada Sabtu ini dan Datuk Seri Amirudin Shari dicadangkan untuk kekal mengetuai kerajaan negeri bagi penggal ke-15. Menurut sumber, pada peringkat awal tarikh dicadangkan kepada istana adalah esok (Khamis), namun ditunda memandangkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru selamat tiba dari London, United Kingdom (UK), semalam. “Setakat ini itu tarikh yang diketahui dan pimpinan parti dimaklumkan pihak istana sedang membuat persiapan untuk istiadat tersebut. Kini pimpinan parti sedang menunggu pemakluman rasmi dari istana untuk mengangkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya