Masyarakat Dayak perlu terokai pembangunan ekonomi Sarawak

Masyarakat Dayak perlu terokai pembangunan ekonomi baharu Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (tiga dari kanan) melabuhkan kain pada tiang Panggau Dayak, sebagai simbolik perasmian kedua-dua bangunan baharu Ibu Pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI), di sini petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Masyarakat Dayak juga perlu mengambil peranan penting dalam usaha kerajaan Sarawak menerokai ekonomi baharu di negeri ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, keistimewaan masyarakat Dayak yang mempunyai pelbagai latar belakang adat resam dalam etnik masing-masing sekali gus memberi peluang kepada keterlibatan dalam pembangunan ekonomi di Sarawak.

“Masyarakat Dayak pada era kini dapat membangun dalam era pembangunan yang sedang rancak kita laksanakan tanpa menjejaskan adat resam mereka, kalau dahulu budaya Dayak ini mereka terlibat dalam bidang pertanian yang begitu rancak, dan mereka mempunyai adat ‘berjalai’ (satu-satu individu itu pergi lebih menjangkau daripada kawasan di diami) untuk menerokai benda baru.

“Justeru itu, karakter yang ada dalam masyakarat Dayak itu penting dalam dunia moden kini, kerana dalam dunia moden ini kita menggunakan teknologi, di mana perlu adanya penerokaan kepada perkara baru.

“Oleh itu, komuniti Dayak yang telah menerokai bidang perniagaan ini di gesa menerokai perkara baru menggunakan kaedah seperti dulu dan berdasarkan kepada ekonomi alam sekitar,” ujar Abang Johari dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir merasmikan ibu pejabat baharu Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di sini petang tadi.

Ibu pejabat baharu DCF dan DCCI itu melibatkan dua menara yang menelan kos RM36 juta dengan keluasan 2.32 hektar dan berketinggian sembilan tingkat milik DCF dan DCCI.

Pembinaan menara dikenali sebagai Panggau Dayak itu adalah untuk menyelaras serta mengawal selia hal-hal berkaitan adat dan budaya masyarakat tersebut.

Di samping itu, DCF dan DCCI juga membangunkan dua bangunan komersial iaitu apartmen dan kondominium di kawasan yang sama.

Justeru itu Abang Johari berkata kewujudan bangunan DCF dan DCCI yang dirasmikan beliau itu jelas menjadi simbolik ke arah pembangunan masyakat Dayak ke arah pembangunan era baharu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya