Malaysia kemuka cadangan baharu HSR - PM

Malaysia kemuka cadangan baharu HSR – PM

ANWAR Ibrahim (tengah) melakukan gimik perasmian Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Singapura selepas dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Itu belum, baru di peringkat kita (perbincangan peringkat kementerian).

“Sebaik sahaja ada keputusan awal, barulah, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) akan membawanya kepada perhatian Singapura,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat berkata, mereka bersedia untuk membincangkan pelaksanaan projek itu dengan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya