Malaysia-Iran sepakat tingkat kerjasama dua hala - PM

Malaysia-Iran sepakat tingkat kerjasama dua hala – PM

ANWAR Ibrahim berinteraksi bersama Seyed Ebrahim Raisi, melalui perbualan telefon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Iran sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dalam pelbagai bidang kerjasama.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi melalui perbualan telefon semalam sejurus tamatnya kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zamby Abdul Kadir ke atas pemimpin negara itu.

Menurut Anwar, antara bentuk kerjasama ialah bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

“Ke arah ini kami berdua turut bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama mengadakan pertemuan dengan kadar segera.

“Ia bagi menghalusi kesemua potensi skop kerjasama antara kedua-dua negara untuk kebaikan bersama,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, dalam lawatan rasmi Zambry ke Iran itu adalah lawatan peringkat tinggi Menteri Luar Malaysia ke Iran yang pertama selepas tujuh tahun dengan kali terakhir adalah pada 2016.

Menurut Zambry, ia juga merupakan usaha serius dan berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan semua negara Islam termasuk Iran.

Ini berikutan dengan perkembangan geopolitik positif yang berlaku di rantau Asia Barat sejak kebelakangan ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya