Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan bincang calon MB Negeri

Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan bincang calon MB Negeri Sembilan -Tok Mat

MOHAMAD Hasan bercakap kepada pemberita selepas tiba di WTC bagi mengikuti perkembangan keputusan PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibincangkan oleh Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Besar.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, majlis itu akan duduk bersama bagi membincangkan siapa dirasakan sesuai untuk dicalonkan sebagai menteri besar.

“(Tetapi), kita cuma mencalonkan calon dirasakan sesuai dijadikan menteri besar untuk kita mohon restu dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (sebab) pelantikan ini adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Besar, maka Baginda akan putuskan sesiapa dirasakan sesuai 

“Kalau calon-calon kami diperkenankan…alhamdulillah…kalau tidak, terpulang Yang di-Pertuan Besar untuk memilih sesiapa saja difikirkan (sesuai) dari ahli yang menang (serta) mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabila melepasi angka majoriti mudah setakat pukul 9.30 malam ini.

Kedua-dua parti terbabit difahamkan menang di 24 buah kerusi dengan DAP menang di kesemua 11 kerusi DUN yang ditandingi manakala BN menang di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya