Majlis pernikahan Syafiq Kyle, Mimi Lana dibatalkan - Utusan Malaysia

Majlis pernikahan Syafiq Kyle, Mimi Lana dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana bertindak membatalkan majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos depan.

Perkembangan itu dimaklumkan pengurus Mimi, Iman Tang menerusi satu hantaran mesej yang dikongsikan kepada tetamu majlis berkenaan.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf atas segala kesulitan,” tulisnya.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan kenyataan Syafiq berkenaan pembatalan tersebut berakhir gagal.

Tinjauan pemberita terhadap Instagram Mimi pula mendapati pelakon tersebut dalam masa sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran Headliners.

Terdahulu pasangan tersebut mengikat tali pertunangan sekitar Januari tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya