Mahu isu rumah mampu milik diberi perhatian kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Mahu isu rumah mampu milik diberi perhatian kerajaan negeri

KHAZAN Che Mat (depan, tengah) bersama penyokongnya meraikan kemenangan di Kuala Nerus, semalam. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang baharu, Khazan Che Mat akan memastikan isu perumahan di kawasan itu diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ia menjadi fokus utama beliau di Seberang Takir selepas sah bergelar wakil rakyat di DUN berkenaan untuk lima tahun akan datang.

Selain itu menurut Kha­zan, meningkatkan ekonomi masyarakat setempat terutama golongan nelayan yang sinonim dengan kawasan itu turut akan dibela oleh kerajaan negeri.

“Sebagai kawasan sub bandar yang berhampiran dengan bandar, Seberang Takir memiliki banyak potensi untuk diba­ngunkan sekali gus memberi manfaat kepada penduduk.

“Bagaimanapun rakyat di kawasan ini masih memerlukan lebih banyak perumahan terutama yang mampu milik dan itu akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

“Yang keduanya, mencari nilai tambah membantu nelayan yang merupakan sebahagian besar penduduk di Seberang Takir, meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Khazan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang sejak tiga penggal lalu dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau yang juga bekas pe­mimpin UMNO mendapat 12,156 undi manakala Ahmad Razif pula menerima 9,359 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya