Diana Danielle dapat hak jagaan penuh anak-anak

Mahkamah putuskan Diana Danielle dapat hak jagaan penuh anak-anak

Diana Danielle
DIANA DANIELLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Diana Danielle  diberikan hak penjagaan penuh terhadap dua anak hasil perkahwinannya dengan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8,

Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya mendapat hak jagaan penuh dan perkara itu turut mendapat persetujuan bersama pihak defendan iaitu Farid dan perincian tersebut diputuskan dalam prosiding tuntutan hadanah di hadapan hakim syarie Zulfikri Yasoa hari ini.

“Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.

“Hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.

“Hak penjagaan dapat kepada ibu. Lain-lain terma adalah sulit manakala terma lain kita dah selesaikan secara global (menyeluruh),” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding tuntutan hadanah di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya