Mahasiswa maut, motosikal bertembung MPV  - Utusan Malaysia

Mahasiswa maut, motosikal bertembung MPV 

Mahasiswa
KEADAAN motosikal selepas merempuh sebuah MPV yang membelok ke kanan dari laluan bertentangan, di hadapan sebuah stesen minyak dekat Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang mahasiswa maut selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di hadapan sebuah stesen minyak di Persiaran Mokhtar Dahari, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 petang apabila MPV berkenaan sedang membelok ke kanan dari arah Puncak Alam untuk memasuki stesen minyak.

“Semasa kenderaan tersebut sedang membelok, datang sebuah motosikal jenama Honda RS-X sedang bergerak lurus dari arah Shah Alam tidak sempat membrek lalu melanggar MPV tersebut. 

“Mangsa seorang lelaki berumur 21 tahun merupakan mahasiswa Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” ujanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya