Logo, tema Hari Kebangsaan simbol kebersamaan rakyat

Logo, tema Hari Kebangsaan simbol kebersamaan rakyat

SAMBUTAN perayaan negara sama ada hari kemerdekaan mahupun Hari Malaysia adalah waktu seluruh rakyat dari segenap pelosok negara tanpa mengira latar belakang tekad bersatu untuk mempertahan negara tercinta selain memperteguh azam mencintainya. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan sebagai perayaan nasional yang mana logo dan tema ditetapkan menjadi lambang kebersamaan rakyat Malaysia.

Tegasnya, sebarang cadangan untuk menggunakan logo dan tema berbeza dilihat boleh mengganggu gugat perpaduan dalam membangunkan negara, seterusnya membantutkan usaha kerajaan memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Katanya, seharusnya usaha murni dilaksanakan kerajaan mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

“Ini kerana masyarakat Malaysia yang akan menentukan perpaduan sebenar yang ingin dikecapi berjaya sepenuhnya atau tidak.

“Jika kita lihat maksud tersirat di sebalik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) iaitu ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, yang mana ia menterjemahkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi serta membenihkan rasa cintakan yang mendalam kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, sambutan diadakan setiap tahun itu diraikan dengan penuh semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu yang bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas daripada penjajah.

“Isu dibangkitkan itu merupakan salah satu daripada defisit sosial yang telah dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan iaitu politik federalisme.

“la berkait rapat tentang semangat kerjasama, toleransi dan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang perlu ditangani secara berhemah.

“Seharusya pemimpin di setiap peringkat hendaklah memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan termasuklah tadbir urus di peringkat persekutuan dan negeri melalui aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya