'Liang lahad sudah tersedia, cuma menanti pengesahan waris'

‘Liang lahad sudah tersedia, cuma menanti pengesahan waris’

ANGGOTA polis forensik memeriksa lokasi tragedi pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor,semalam. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Badan khairat kematian, Kariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis di sini, sudah bersedia sejak awal pagi tadi selepas dimaklumkan insiden membabitkan salah seorang kariahnya dalam ‘nahas Elmina’, petang semalam.

Difahamkan, liang lahad dan segala kelengkapan pengebumian untuk arwah Heikal Aras Abdul Azim, 45, sudah tersedia sejak awal pagi tadi cuma menunggu pengesahan daripada waris arwah.

Arwah adalah salah seorang juruterbang dan mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu.

Penyelia pusara Taman Raudhatuljannah, Kariah Masjid Jamiurrahmah, Talib berkata, dia menerima arahan daripada pengerusi badan khairat pukul 3 pagi tadi dan mengarahkannya untuk membuat persiapan.

Katanya, segala kelengkapan seperti papan, liang lahad dan peralatan lain sudah disediakan untuk proses pengebumian itu.

“Saya diarahkan pengerusi awal pagi tadi dan bersedia dengan segala peralatan. Kalau ada berita kami terus siapkan liang lahad.

“Cuma ketika ini, ahli keluarga belum tampil untuk membuat pengesahan pengebumian di sini,” katanya ketika ditemui di sini pagi ini.

Tinjauan di rumah arwah di Kampung Limau Manis di sini mendapati, waris dan ahli keluarga serta sanak saudara mula berkumpul sejak pagi tadi.

Kesemua mereka kini menantikan perkembangan proses pengecaman arwah yang kini sedang berjalan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya